No. Syarikat : 159152 T
TEL : 09-7442652 ; 09-7443652

Tanda – tanda memperoleh haji yang mabrur

Tanda-tanda memperoleh HAJI  MABRUR

Oleh Hj. Ibrahim Hj. Abdullah
(Pengarang Buletin)

PARA ulama telah membuat kesimpulan tanda-tanda bila seseorang jemaah haji mendapat “HAJI MABRUR” yang antara lain adalah :

1. Seseorang itu ternampak perubahan pada sikap, wajah, akhlak dan cara hidupnya apabila ia kembali dari tanah suci Makkah dan Madinah.

2. Amal ibadatnya bertambah baik dan ia rajin melakukannya berbanding sebelumnya. Dia tidak lalai dan cuai melakukan amal ibadat kepada Allah.

3. Dia terus meninggalkan apa-apa sahaja perkara maksiat dan dosa apa lagi perkara-perkara makruhpun terus dijuhinya dalam hidupnya sehri-hari.

4. Sifat-sifat jahat dan keji seperti tamak, hasad, dengki, riya’ takabur, bakhil, angkuh, membazir, boros dan sebagainya terus ditinggakan dalam urusan kehidupannya.

5. Dia menjadi seorang yang berakhlak baik seperti bertawaduk, merendah diri, tolong menolong, dermawan, bercakap benar, amanah, jujur, bersedekah dan akhlak-akhlak terpuji.

6. Ibadat hajinya dapat membentuk dan membina akhlak serta peribadi dan cara hidupnya sepanjang hari.

7. Dia menjadi seorang yang benar-benar mukmin sejati dan bertakwa kepada Allah SWT.

8. Ibadat hainya memberi kesan positif terhadap sikap dan tingkah lakunya dari segi perjuangan, kegigihan, keadilan dan sebagainya.

9. Dia terus menjaga solatnya dengan baik dan sentiasa bejemaah setiap waktu.

10. Dia selalu mengerjaka ibadat puasa dan puasa-puasa sunat serta ibnadat-ibadat lain.

11. Kalau dahulu dia seorang penjudi, pemabuk, penzina, dan sebagainya, tetapi sekarang dia ters meninggalkannya sama ada dosa kecil dan dosa-dosa besar.

12. Di kalangan wanita pula, kalau dahulu dia sering mendedahkan aurat, tetapi sekarang dia terus menutup auratnya sebagaimana dituntut oleh agama Islam.

13. Kesan daripada “Haji Mabrur” yang diterima Allah itu, seseorang yang baik akan bertambah baik baik lagi dalam urusan hidupnya sehari-haari.

14. Wang atau belanja yang digunakan untuk menunaikan haji, adalah dengan wang yang halal, kerana Allah itu tidak menerima kecuali yang halal lagi baik.

15. Waktu atau semasa mengerjakan haji, dia bercakap-cakap baik dan suka menolong orang, tidak membuat perkara-perkara yang dilarang, serta menyempurnakan rukun-rukun haji, wajib-wajib haji, dan meninggalkan perkara-perkara maksiat.

16. Niat hajinya ikhlas semata-mata untuk Allah bukan untuk mendapat gelaran haji dan sebagainya. 

17. Seseorang jemaah untuk mendapat haji mabrur, hendaklah menghayati firman Allah secara mendalam yang bermaksud : “Barang siapa yang telah difardhukan haji di dalamnya, maka janganlah melakukan persetubuhan, perkara-perkara fasik (perkara yang dilarang), dan jangan melakukan pergaduhan atau pertengkaran dalam masa mengerjakan haji itu.” (Al-Baqarah : 197).

18. Haji Mabrur itu hanya Allah Taala sahaja yang menentukannya. Tetapi ada tanda-tandanya.  

19. Setiap jemaah haji hendaklah membetulkan “niatnya” untuk mendapatkan haji mabrur
 sebelum berangkat ke TANAH SUCI. 

20. Kerana Nabi SAW bersabda bermaksud : “Haji Mabrur” itu tiada balasan (ganjarannya), melainkan syurga.” (Hadis daripada Abu Hurairah). Wallahu’alam.-

Leave a Reply

Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing