TEL:09-7442652;09-7443652; 03-40421205

Umrah Ramadhan 1433

Dengan bermulanya bulan ramadhan, pakej umrah batuta secara rasminya ditutup. Untuk pakej umrah pada bulan ramadhan, sebanyak 5 penerbangan yang dibahagi kepada 5 pakej iaitu Pakej Umrah Sebulan balik sebelum raya, Pakej Umrah Sebulan balik selepas raya, Pakej Umrah awal ramadhan, Pakej Umrah tengah ramadhan dan juga Pakej Umrah akhir ramadhan. Pakej sebulan balik sebelum dan selepas raya serta pakej umrah awal ramdhan telah bertolak ke Makkah dan sekarang berada di Kota Makkah. Jemaah seramai 120 ini diketuai oleh Pengarah Urusan Batuta iaitu Tuan Haji Ab. Ghani Bin Hj. Mahmood. Menyusul pada 28 Julai  2012adalah jemaah yang mengikuti pakej umrah tengah ramadhan . Jemaah seramai 30 orang ini akan  bertolak ke tanah suci dengan menaiki pesawat Mas pada 28 Julai ini 2012. Pakej umrah terakhir batuta akan bertolak pada 8 Ogos 2012 dengan menaiki pesawat Mas. Seramai 30 orang jemaah mengikuti pakej ini. Pakej umrah akhir ramdhan akan pulang bersama – sama dengan jemaah Pakej Umrah Sebulan balik selepas raya yang dijangka akan bertolak dari Jeddah pada 21 Ogos 2012.

Pengurusan Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih kami sebagai pengelola pakej umrah anda. Semoga batuta menjadi pilihan anda lagi pada masa akan datang. Pakej Umrah tahun 2013 akan diumumkan kelak. Sila rujuk pada laman sesawang ini bagi mendapatkan maklumat yang terkini mengenai pakej – pakej yang ditawarkan oleh pihak Batuta.

Leave a Reply


Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing