TEL:09-7442652;09-7443652; 03-40421205

Majlis Taklimat & Serahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1440H/2019

Pada 26th Februari 2019, telah berlangsung Majlis Taklimat dan Serahan Lesen PJH 1440H/2019 kepada syarikat pengendali swasta yang di ikhtiraf di Kuala Lumpur. Alhamdulilah, Batuta Travel & Tours telah di anugerahkan lesen untuk mengendalikan para Jemaah Haji bagi musim Haji 1440H. Pengiktirafan sebagai agensi Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada Batuta Travel & Tours adalah untuk kali ke-33 berturut-tururt semenjak dari tahun lagi 1987.  Pengiktirafan sebagai agensi PJH daripada Pengurusan Tabung Haji yang berterusan semenjak lebih 3 dekad yang lalu adalah bukti testimoni perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan memuaskan hati para Jemaah oleh Batuta Travel & Tours Sdn Bhd.

Majlis Serahan Lesen PJH telah di sempurnakan oleh YBhg Dato ‘ Sri Syed Saleh Bin Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji). Pengarah Urusan Batuta Travel & Tours Ybhg Tuan Haji Ab Ghani Bin Mahmood telah mewakili syarikat bagi menerima Lesen PJH Haji 1440H / 2019.

Pihak Pengurusan Batuta Travel & Tours sangat berbesar hati dengan pengiktirafan ini dan menyuntik semangat kami untuk bekerja sama bersama sama dengan Jemaah untuk musim Haji  1440H / 2019. Untuk yang berminat untuk menyertai Pakej Haji bersama Batuta Travel & Tours untuk musim Haji 1440H/ 2019, sila berhubung dengan pihak pengurusan kami

Pengarah Urusan Batuta Tn Hj Abd Ghani B Hj Mahmood menerima lesen daripada
Pengurus Besar Kanan (Haji) TH

Leave a Reply


Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing