TEL:09-7442652;09-7443652; 03-40421205

Umrah March 2019 Bermula

Pengurusan umrah Batuta Travel telah bersedia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur seawal 10:00 pagi untuk mengendalikan sesi Umrah March 2019. Lebih 70 orang terdiri daripada kumpulan pertama dan kedua Jemaah Umrah Batuta telah selamat berlepas dari KLIA menuju ke Madinah pada 24& 25 March 2019. Kumpulan ini di jangka kembali di tanah air pada 7 & 8 April 2019. Para Jemaah diberikan taklimat ringkas sebelum masuk ke balai berlepas oleh Pengarah Batuta Travel, Ustaz Hj Ab Ghani B Mahmood.

Para Jemaah umrah diberi taklimat terperinci mengenai perjalanan yang bakal ditempuhi termasuk tentang urusan solat dan doa-doa yang wajar dibacakan. Ia bertujuan memastikan para jemaah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menempuh perjalanan menuju ke kota suci Madinah dan Mekah. Penerbangan dari KLIA ke Madinah mengambil masa kira-kira lapan jam.

Berbagai aturcara perjalanan umrah di Madinah and Mekah telah di rancang untuk para Jemaaah. Antaranya Ziarah Dalam: I. Ziarah makan Rasulullah SAW dan makam para sahabat, II. Raudhah, dan III. Perkuburan Baqi’. Ziarah Luar: I. Ziarah Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain II. Jabal Uhud dan Masjid Quba, Masjid Tujuh, dan III. Bazar kurma.

Marilah kita doakan agar Jemaah Umrah March 2019 di permudahkan urusan mereka, di berikan kesihatan yang baik sepanjang di Tanah Suci dan semoga memperolehi Umrah yang mabrurrah.

Pengarah Urusan membaca doa selamat sebelum berlepas di KLIA pada 25th March 2019.
Pengarah Urusan mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan pertama yang berlepas pada 24th March 2019

Leave a Reply


Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing