TEL:09-7442652;09-7443652; 03-40421205

Berita Utara

Pengarah Urusan Batuta bersama jemaah utara

Pada 12 Julai 2009 yang lalu, pihak pengurusan Wakil Jualan Batuta di utara telah mengadakan satu majlis silaturrahim bersama-sama dengan bekas jemaah dan juga bakal jemaah yang akan mengerjakan Haji melalui Batuta Travel.Majlis yang diadakan di Restoran Rosnani turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Batuta Travel Haji Ab. Ghani Bin Haji Mahmood. Rata – rata jemaah yang hadir melahirkan rasa terharu dan berbangga kerana dapat berjumpa semula dengan Tuan Haji Ab. Ghani.

Para jemaah yang hadir menyatakan amat berpuas hati dengan perkhidmatan Batuta dan berharap dapat bersama lagi untuk mengerjakan umrah @ haji melalui Batuta Travel pada tahun yang akan datang. Beberapa orang jemaah wanita yang ketika ditanya menyatakan meraka amat berterima kasih kepada Tuan Haji Ab Ghani dan juga isteri beliau iaitu Puan Hajah Rashidah bt. Hj Mokhtar kerana memberikan layanan yang sungguh istimewa kepada mereka.

Kepada orang ramai yang tinggal di Utara semenanjung Malaysia yang ingin mengerjakan ibadat Haji dan Umrah melalui Batuta Travel bolehlah menghubungi wakli jualan Batuta di talian 017-4740295 /012-4762652 (Haji Zain Bin Din) ataupun 012-4740295 (Hajah Che Mah Binti Salleh) .

Leave a Reply


Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing