MAKLUMAT DAN NASIHAT KESIHATAN MENGENAI KEJADIAN JANGKITAN MIDDLE EAST RESPIRATORY SYNDROME CORONAVIRUS (MERS-CoV) KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BAKAL MENGERJAKAN UMRAH DIÂ TANAH SUCI
LATAR BELAKANG MENGENAI KEJADIAN JANGKITAN MERS-CoV
Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula melaporkan mengenai kejadian jangkitan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada September 2012. Sehingga 3 Januari2014, sejumlah 177 kes MERS-CoV yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dari seluruh dunia, meliputi        74 kematian.
MERS-CoV adalah merupakan salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus. la merupakan kumpulan keluarga virus yang besar dan terdiri dari pelbagai strain yang boleh menjangkiti manusia dan juga haiwan. SARS yang pernah menggemparkan dunia pada 2003, merupakan salah satu dari strain coronavirus tersebut. Namun begitu, MERS-CoV dan SARS adalah dua strain coronavirus yang berbeza di antara satu dengan yang lain.
Pada ketika ini beberapa negara di rantau Timur Tengah melaporkan kes MERSCoV dan negara-negara tersebut adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Qatar dan Tunisia. Begitu juga dengan beberapa negara dari rantau Eropah, iaitu Itali, Jerman, Perancis dan United Kingdom. Bagi kes yang dilaporkan dari Tunisia dan negara-negara rantau Eropah, mereka samada mempunyai sejarah lawatan ke rantau Timur Tengah atau sejarah kontak dengan pelawat yang bergejala sejurus pulang dari lawatan ke Timur Tengah.
Gejala utama yang dikesan dalam kalangan kes MERS-CoV merupakan jangkitan respiratori yang berlaku secara akut dan serius, iaitu demam dan kesukaran untuk bernafas. Kebanyakan kes mengalami radang paru-paru dan terdapat juga sebahagian kes yang dikesan dengan gejala gastrointestinal seperti cirit birit. Bagi individu yang menghidapi penyakit kronik dan kurang daya tahan jangkitan (immunocompromised), gejala jangkitan mungkin berlaku dalam bentuk yang tidak lazim (atypical).
Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode of transmission) bagi jangkitan MERS-CoV ini masih lagi belum dapat dikenalpasti. Pihak WHO juga menegaskan bahawa tahap penularan jangkitan tersebut secara keseluruhannya tidak diketahui dan tiada vaksin untuk MERS-CoV pada ketika ini. Buat masa ini, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalananan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara-negara yang terlibat.
NASIHAT KESIHATAN
Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah dari negara Arab Saudi. Mengambilkira situasi semasa kejadian jangkitan MERS-CoV di sana dan kekerapan rakyat Malaysia berkunjung ke Tanah Suci samada bagi mengerjakan ibadah umrah dan juga haji, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan mengenai perkara-perkara seperti berikut:
a) Sebelum Berangkat ke Tanah Suci
i – Persiapan Awal Bagi Yang Ingin Mengerjakan Umrah
• Disarankan mengambil vaksinasi influenza bermusim dan Pneumococcal
• Amalkan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya
• Makan secara sihat
• Bijak menangani stress
• Tidak merokok
• Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
• Sediakan bekalan ubat yang mencukupi
• Dapatkan rawatan segera apabila sakit
• Sediakan penutup mulut dan hidung
• Sediakan hand sanitizer
ii – Langkah Pencegahan Jangkitan MERS-CoV
• Mengamalkan adab batuk
– Pakai penutup mulut dan hidung
– Palingkan muka daripada orang lain dan makanan
– Tutup hidung dan mulut dengan tisu atau sapu tangan bila batuk
– Elakkan pergi ke tempat sesak
– Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain
– Elak menyentuh muka, hidung atau mulut
• Sentiasa menjaga kebersihan diri
• Elakkan berkongsi peralatan peribadi
• Kerap membasuh tangan dengan hand sanitizer
• Amalkan cara hidup sihat
b) Semasa Berada di Tanah Suci
i – Peringatan Semasa Di Tanah Suci
• Sentiasa waspada dan jags kesihatan diri
• Amalkan pemakanan sihat dan minum air secukupnya
• Elakkan menjamah makanan mentah atau tidak dimasak
• Minum air yang terawat
• Minum air yang terawat
• Amalkan mencuci tangan secara kerap menggunakan sabun atau hand sanitizer
• Pakai penutup mulut dan hidung yang jenis pakai buang
• Pastikan anda berada di jarak yang selamat (sekurang-kurangnya 1 meter)
• Elakkan mendekati dan menyentuh sebarang jenis haiwan
• Elakkan mendekati dan menyentuh orang yang sakit.
ii – Sekiranya Jatuh Sakit
• Dapatkan rawatan segera
• Jarakkan diri daripada menghampiri orang lain
• Pakai penutup mulut dan hidung
• Kerap mencuci tangan
iii – Golongan Berisiko
• Umur 65 tahun ke atas
• Wanita mengandung
• Mengidap penyakit kronik seperti bronchial asthma, sakit saluran pernafasan kronik, kegagalan organ
seperti buah pinggang, sakit jantung, diabetes, penyakit yang berkaitan dengan hati, darah dan urat saraf.
• Mempunyai kurang daya tahan melawan jangkitan
• Mereka yang obes
c) Selepas Kepulangan Dari Tanah Suci
i – Khusus Bagi Jemaah Umrah Yang Baru Pulang Dari Tanah Suci:
• Hadkan perjumpaan bersama ramai orang dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh ketibaan di Malaysia.
• Sentiasa mengamalkan kebersihan diri.
• Amalkan mencuci tangan secara kerap.
• Menjaga adab batuk.
• Sekiranya tidak sihat, dapatkan rawatan lanjut serta maklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka
kepada doktor yang merawat.
ii – Khusus Bagi Ahli Keluarga Kepada Para Jemaah Umrah Yang Baru Pulang Dari Tanah Suci:
Sekiranya ahli keluarga mempunyai kontak rapat (close contact) dengan jemaah yang baru pulang dari Tanah
Suci dan mempunyai gejala jangkitan respiratori akut, perlu segera mendapatkan rawatan di klinik / hospital
yang berdekatan.
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia Januari 2014