Musim Haji bagi tahun 1430 bermula semalam. Setelah melakukan persiapan dari segi mental dan fizikal, kini tibalah waktunya untuk jemaah Haji yang terpilih bagi Musim 1430 ( 2009) untuk menunaikan Ibadat Haji. Pengarah Urusan Batuta Travel , Haji Ab. Ghani Bin Hj Mahmood telah selamat berangkat ke Mekah pada pukul 9.30 malam semalam menerusi KT 03. Beliau berangkat awal pada setiap musim haji untuk memastikan segala perancangan syarikat disana berjalan dengan lancar. Beliau akan menyambut kedatangan Penerbangan awal jemaah haji Batuta yang dijangka tiba di Madinah pada 26 Oktober 2009 pada pukul 5.20 pagi.
Penerbangan awal jemaah haji Batuta akan bertolak pada 26 Oktober 2009 menerusi KT 20 pada pukul 01.30 pagi dan dijangka tiba di Medinah pada pukul 5.20 pagi (waktu Arab Saudi). Kumpulan jemaah ini seramai 88 orang dipimpin oleh Ustaz Haji Taufek.
Sama-sama lah kita berdoa agar segala urusan Kumpulan jemaah haji ini mengerjakan ibadat Haji dipermudahkan oleh Allah S.W.T dan seterusnya mendapat Haji yang mabrur , Insyaallah.
Waris jemaah Haji yang ingin mendapatkan maklumat mengenai perkembangan semasa jemaah haji yang mengikuti Pakej Batuta Travel bolehlah menghubungi Batuta di talian 09-7442652 (unit haji dan umrah) ataupun boleh menghubungi kami melalui e-mail batuta di batuta@batutatravel.com.my.
Wassalam.
Editor
Saya dan isteri adalah jemaah haji tahun 1430H/2009, melalui penerbangan KT105. Alhamdulillah, kami telah dapat menyempurnakan ibadah haji tanpa sebarang masalah. Kami berasa amat bertuah dan beruntung kerana dapat menyertai jemaah haji Batuta Travel & Tours di bawah bimbingan Ust Ab Ghani serta yang lainnya.
Sepanjangan masa semasa berada di Makkah atau Madinah, kebajikan kami sentiasa diambil berat, persiapan / persediaan untuk menunaikan ibadah haji selalu diperingatkan. Sekira kami mempunyai sebarang kemusykilan, Ust Ghani tak pernah jemu memberi tunjuk ajar kepada kami.
Walaupun majoriti jemaah haji Batuta adalah terdiri daripada orang-orang Kelantan, kami tidak berasa dipinggirkan, kami berasa berada dalam satu keluarga, sikap hormat dan menghormati serta tolong menolong antara satu sama lain tidak akan kami lupakan.
Akhir kalam, tahniah kepada Ust Ghani dan pengurusan Batuta yang lain.
Terima kasih kepada Encik Shah dan isteri kerana memilih Batuta sebagai pengendali haji dan umrah encik dan isteri untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun 2009. Kami bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Encik Shah dan isteri berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Insyaallah kami akan cuba meningkatkan lagi mutu perkhidamatan kami di masa akan datang. Semoga Batuta sentiasa menjadi pengendali haji dan umrah pilihan Encik Shah sekeluarga .
Wassalam
salam. boleh tak tuan beritahu harga2 pakej haji untuk tahun 2010.
Waalaikumussalam En Fauzi. Harga pakej haji untuk tahun 2010 / 1431 tidak dapat lagi kami hebahkan kerana kami perlu menunggu kebenaran dari pihak Lembaga Tabung Haji sebelum mengeluarkan sebut harga bagi pakej syrikat kami. Kebiasaannya , sebut harga haji akan dikeluarkan pada bulan April setiap tahun. Insyallah, setelah mendapat kebenaran dari Tabung Haji, kami akan mengirimkan sebut harga kami kepada En . Fauzi. Terima kasih kerana menghubungi kami . Assalamualaikum.
Assalamualaikum.
Di sini saya dan isteri merakamkan ucapan terima kasih dan sekalung tahniah di atas segala program yg dilaksanakan sepanjang mengerjakan ibadat haji musim 1430 H yg lalu (KT 105). Tunjuk ajar dari Ustaz Ghani, Ustaz Taufek dan semua yg terlibat dapat memuaskan hati. Walau bagaimana pun, saya melihat masih ada beberapa aspek kecil yg perlu diambil perhatian oleh pihak Batuta Travel demi melicinkan lagi perjalanan ibadat haji. Namun, ini tidaklah menjejaskan jemaah. Secara keseluruhannya, sama ada di Makkah, mahupun di Madinah, kami merasakan perlu diberikan ucapan tahniah kepada pengurusan Batuta Travel.
Kenangan manis di sana tidak mampu kami lupakan.
Terima kasih.