Penerbangan Akhir Jemaah Haji Batuta Travel ( KT 105)

airport2 

Alhamdulillah, penerbangan akhir jemaah Batuta bagi musim haji 2009 / 1430 telah selamat berlepas pada pukul 12.00 tengah hari tadi. Seramai 347 jemaah haji yang telah memilih untuk mengerjakan haji melalui  Pakej Haji Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd telah berangkat ke Jeddah pada pukul 12.00 tengah hari tadi. Jemaah haji bagi penerbangan akhir batuta ini akan menaiki KT 105 dan diketuai oleh Pengurus Haji dan Umrah syarikat iaitu Haji Burhanuddin Amini Bin Haji Ab Ghani. Kumpulan ini juga diiringi oleh 3 orang petugas bagi memastikan keselamatan dan perjalanan jemaah berjalan dengan lancar dan teratur.

Jemaah haji Batuta yang memulakan perjalanan dari Kota Bharu bertolak secara berperingkat – peringkat ke KLIA pada hari khamis , 5 hb November 2009 dimana kumpulan pertama jemaah haji Batuta dari Kota Bharu tiba pada  jam 10.3o pagi , 5 hb November di KLIA. Setibanya jemaah haji di KLIA ,jemaah haji Batuta ini disambut oleh pihak Tabung Haji untuk dibawa ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.Kumpulan pertama jemaah haji Batuta ini sampai di Kelana Jaya tepat jam 1.00 petang. Setelah sampai ke Kompleks Haji di Kelana Jaya, kumpulan Jemaah ini akan telah diberi bilik untuk berehat sementara menunggu waktu lapor diri yang dijadualkan pada pukul 7.05 pagi Jumaat 6 hb November 2009. Sementara menunggu bilik kosong, jemaah haji diberi kemudahan khemah menunggu sementara yang disediakan oleh pihak Tabung Haji. Alhamdulillah pada pukul 4.00 petang, kesemua jemaah Batuta berjaya memasuki bilik yang disediakan oleh Tabung Haji. Kumpulan kedua jemaah haji Batuta dari Kota Bharu tiba di kelana jaya pada pukul 4.00 petang. Kumpulan ketiga yang bertolak dari Kota Bharu pada pukul 4.30 petang tiba di Kompleks Tabung Haji pada pukul 8.00 malam dan kumpulan akhir jemaah haji Batuta dari Kota Bharu tiba di Kelana Jaya pada pukul 10.00 malam. Kesemua jemaah Batuta Travel disediakan bilik oleh pihak Tabung Haji untuk berehat.

Seawal jam 5.00 pagi , 6 hb November, jemaah haji Batuta telah bangun bagi menyiapkan diri sebelum melaporkan diri pada pukul 7.05 pagi. Untuk makluman, KT 105 mempunyai 355 seat dan 347 seat diisi oleh jemaah Batuta Travel. Kumpulan jemaah ini akan memasuki Mekah dan setiap jemaah dikehendaki memakai ihram di Kelana Jaya. Setelah selesai solat subuh dan bersarapan, jemaah ini yang telah berpakaian ihram turun ke lobi untuk membuat proses pendaftaran. Di dalam proses ini, jemaah diberi gelang nama , sticker, tag nama dan sedikit sumbangan syarikat koporat yang diberi melalui Tabung Haji. Setelah selesai proses ini, jemaah akan berangkat dengan bas dan diiringi oleh pasukan polis trafik menuju ke KLIA.

Tepat jam 12.05 tengah hari, jemaah haji Batuta telah selamat bertolak dari KLIA dan dijangka tiba pada pukul 8.05 malam ini ( 3.05 petang waktu Arab Saudi) di Jeddah. Ketibaan jemaah Haji Batuta ini di Jeddah akan disambut olek Pengarah Urusan Batuta iaitu Haji Ab. Ghani Bin Haji Mahmood.

Pihak Batuta Travel ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada Tabung Haji, MAB, Polis Airport dan semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam Operasi Haji Batuta pada musim 2009/1430 ini. Waris jemaah yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jemaah haji yang mengikuti pakej haji batuta boleh menghubungi batuta travel di talian 09-7442652 ( unit haji) atau melalui email batuta@batutatravel.com.my. Kami di Unit Teknologi Maklumat Batuta akan cuba untuk membuat laporan sekerap yang mungkin untuk memaklumkan kepada waris jemaah haji mengenai perkembangan terkini jemaah haji di tanah suci.  

Akhir kata, semoga setiap jemaah haji yang menggunakan perkhidmatan pakej haji kami dapat membuat amal dengan tenang dan seterusnya berjaya mendapatkan Haji yang Mabrur, Insyaallah.

 

Wassalam,

 

Editor.        

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top