TEL:09-7442652;09-7443652; 03-40421205

Jemputan untuk menghadiri Kursus Asas Ibadat Haji Bagi Musim 2012M / 1433H

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pihak syarikat Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. menjemput semua bakal haji yang berhasrat untuk mengerjakan ibadat Haji melalui Batuta Travel untuk menghadiri Kursus Asas Ibadat Haji Bagi Musim 2012H / 1433M. Kursus ini akan diadakan bertempat di Dewan Ibnu Batuta, Ibu Pejabat Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd, Lot 903 & 904, Tingkat 1, Bangunan PKDK, Jalan Dato’ Pati, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Kursus ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula pada 17 Mac 2012 dan berakhir pada 07 Julai 2012. Jadual kursus adalah seperti di bawah.
Kursus untuk cawangan Batuta yang lain akan dimaklumkan tempat dan tarikh yang akan diadakan kelak. Untuk sebarang kemusykilan, sila berhubung dengan kami melalui email atau di talian. Semoga impian dan harapan setiap bakal jemaah haji pada musim ini dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan seterusnya dijemput untuk menjadi Tetamu Allah pada musim haji pada tahun ini , Insya-Allah. 

Wassalam.

6 Comments
  1. Salam, kuliah bermula pukol berapa?

    • Waalaikumussalam. Kuliah bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 setiap hari sabtu mengikut jadul yang dipaparkan.

  2. saya dan isteri belum daftar daftar lagi dgn batuta. adakah boleh saya hadiri kursus asas haji batuta.

    • Terima kasih kerana menghubungi Batuta Travel.Kursus ini terbuka untuk semua yang mempunyai kelapangan.Encik dan isteri dialukan untuk hadir ke kursus asas haji batuta di ibu pejabat batuta kota bharu pada setiap hari sabtu , pukul 3.00 – 5.00 ptg. Wassalam.

  3. Assalamualaikum,
    Bila agak2 kursus umrah kt KL bagi pakej bln mei-jun akan diadakan?
    Sy xdapat hadir kursus di kota bharu sbb kerja kt KL.
    Terima kasih

    • Waalaikumussalam.Sila berhubung dengan pejabat batuta untuk maklumat lanjut kursus umrah.

Leave a Reply


Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing