Musim Haji 2015 sudah bermula

Jemaah Haji Batuta di Kompleks Kelana Jaya   – gambar diambil dari Harian Metro –

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Musim haji pada tahun 2015 sudah bermula. Pergerakan jemaah haji Batuta pada tahun ini bermula pada 24 Ogos 2015 dengan menaiki KT 19 . Jemaah ini terus terbang menuju ke madinah dari KLIA pada pukul 3.00 Petang dan akan tiba di madinah pada pukul 6 petang 24 ogos 2015 waktu Saudi. Kumpulan jemaah akhir Batuta pula akan menaiki KT  51 dan akan memasuki Kota Mekah bertolak pada 11 September 2015. Pihak pengurusan Batuta Travel di Malaysia mengucapkan selamat berangkat kepada semua Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Semoga jemaah haji dapat melakukan ibadat yang terbaik seterusnya mendapat ganjaran ”  Haji yang mabrur  “. Kepada jemaah haji yang tidak terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini, banyakkan bersabar dan insya Allah , giliran untuk menunaikan haji akan tiba pada masa hadapan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri dan sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Semoga jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini agar menggunakan peluang yang ada semaksima yang mungkin untuk beribadat di Tanah Suci kerana bukan semua bakal jemaah haji yang ingin menunaikan haji dipanggil ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat haji. Ketepikan masalah-masalah duniawi supaya ibadat yang dilakukan tidak terganggu. Pihak pengurusan serta kakitangan Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. merakamkan jutaan terima kasih kerana memilih kami sebagai ”  Pengelola Jemaah Haji Pilihan Anda “.

 

Wassalam. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top