TEL:09-7442652;09-7443652; 03-40421205

Musim Haji 1432 H / 2011 M

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Musim haji pada tahun ini sudah bermula. KT 1 yang membawa jemaah haji Malaysia telah selamat mendarat di Kota Madinah. Pengarah Urusan Batuta, Tuan Haji Ab. Ghani Bin Haji Mahmood telah selamat sampai di Kota Madinah untuk menunggu ketibaan jemaah haji Batuta Travel. Beliau berangkat dengan menaiki KT 2. Pergerakan jemaah haji Batuta pada tahun ini bermula pada 6 Oktober ini dengan menaiki KT 20. Jemaah ini terus terbang menuju ke madinah dan akan tiba di madinah pada 6 oktober 2011. Kumpulan jemaah akhir Batuta pula akan menaiki KT 79 dan akan memasuki Kota Mekah bertolak pada 27 Oktober 2011. Pihak pengurusan Batuta Travel di Malaysia mengucapkan selamat berangkat kepada semua Jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini. Semoga jemaah haji dapat melakukan ibadat yang terbaik seterusnya mendapat ganjaran ”  Haji yang mabrur  “. Kepada jemaah haji yang tidak terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini, banyakkan bersabar dan insya Allah , giliran untuk menunaikan haji akan tiba pada masa hadapan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri dan sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.  Pesanan kepada  jemaah haji yang terpilih untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini agar menggunakan peluang yang ada semaksima yang mungkin untuk beribadat di Tanah Suci kerana bukan semua bakal jemaah haji yang ingin menunaikan haji dipanggil ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadat haji. Ketepikan masalah-masalah duniawi supaya ibadat yang dilakukan tidak terganggu. Pihak pengurusan serta kakitangan Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. merakamkan jutaan terima kasih kerana memilih kami sebagai ”  Pengelola Jemaah Haji Pilihan Anda “.
Wassalam. 

Leave a Reply


Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing