Jemaah KT 20 Selamat Sampai Ke Tanah Air

Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan izinNya, kesemua jemaah KT 20 telah selamat sampai ke tanah air pada 30 November 2010 pukul 7.15 pagi ( waktu Malaysia). Pesawat yang membawa jemaah Kt 20 dijadualkan semula waktu penerbangan dan menyebabkan waktu ketibaan jemaah Kt 20 di tanah air    lewat hampir 12 jam dari jadual asal. Walaubagaimanapon Pihak Tabung Haji telah menyediakan tempat untuk setiap jemaah menginap di Medinatul Hujaj, Jeddah.

Penerbangan KT 20 berlepas dari Jeddah pada pukul 10.00 malam 29 November 2010 (waktu malaysia) dan tiba pada pukul 7.15 pagi 30 November 2010. Kepada jemaah 20   yang tidak memperolehi bagasi dari Jeddah  boleh berhubung dengan pihak Tabung Haji untuk mengetahui status bagasi mereka. Kepada jemaah Batuta yang menaiki penerbangan MAS ke Kota Bharu , boleh datang ke Lapangan Terbang Kota Bharu untuk mendapatkan status barang yang tidak sampai dari Kuala Lumpur. Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan pajabat Batuta yang berdekatan .

Pihak Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd  berasa amat berbesar hati kerana dapat memberikan perkhidmatan  kami kepada anda  dan ribuan terima kasih kami ucapkan kerana memilih kami sebagai Pengendali Jemaah Haji pilihan anda. Semoga bertemu lagi di masa akan datang.

Wassalam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top