Jemaah KT 87 Selamat Sampai Ke Tanah Suci Kota Madinah

Jemaah kt 87 seramai 102 jemaah Batuta Kt 87 telah selamat sampai ke kota Madinah pada pukul 5.00 ptg ( waktu saudia ) 7 Disember 2010. Rombongan diketuai oleh Pengarah Unit Haji dan Umrah iaitu Haji Burhanuddin Amini Bin Ab Ghani. Terdapat sedikit masalah teknikal yang dilaporkan oleh beliau ketika bas no 2 yang membawa seramai 45 orang jemaah batuta menuju ke Madinah. Walaubagaimanapon kesemua jemaah selamat sampai ke penginapan rasmi batuta di kota Madinah iaitu Al Masi Hotel. Jemaah akan berada di Kota Madinah selama lebih kurang 9 hari . Sepanjang berada di Kota Madinah, jemaah kt 87 akan mengambil peluang untuk solat berjemaah sebanyak 40 waktu di dalam Masjidil Nabawi. Selain itu setiap jemaah akan ziarah dalam dan luar kota madinah. Diharap semua jemaah diberi kesihatan yang baik dan dapat mengambil peluang untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh sepanjang berada di kota medinah.

Wassalam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top