Kumpulan jemaah batuta KT 20 akan bertolak ke Medinatul Hujaj pada tengah malam ini pukul 12.00 tgh malam. Seramai 220 jemaah diringi oleh 2 orang petugas batuta akan dibawa dengan menaiki 5 buah bas menuju ke Jeddah. Jemaah akan melakukan tawaf wida’ selepas solat Isya. Kumpulan jemaah batuta ini akan bermalam di Madinatul Hujaj semalaman dan akan bertolak ke tanah air pada 29 November 2010 pada pukul 7.00 pagi ( 12.oo tengahari waktu Malaysia ) dan dijangka tiba di KLIA pada pukul 8.40 malam. Waris-waris jemaah hendaklah merujuk kepada jadual penerbangan yang diedarkan kepada setiap jemaah untuk waktu ketibaan jemaah di negeri masing-masing. Petugas batuta di tanah suci mekah merakamkan ribuan penghargaan kepada setiap jemaah kerana memilih Batuta sebagai Pengelola Jemaah Haji pilihan jemaah . Semoga bertemu lagi di masa akan datang Insyaallah.
Wassalam
-Editor-