Alhamdulillah , dengan izin Allah s.w.t seramai 102 orang jemaah bersama 4 orang petugas telah selamat sampai ke tanah air. Jemaah tiba tepat pukul 9.27 pm diiringi sendiri oleh Pengarah Urusan Batuta Travel Tuan Haji Abdul Ghani Haji Mahmood. Setiap jemaah dilaporkan sihat walafiat. Penerbangan kt 87 yang dijadualkan sebelum ini tiba pada pukul 8.30 malam mengalami sedikit masalah teknikal dan menyebabkan penerbangan lewat hampir satu jam dari jadual asal. Penerbangan ini menggunakan penerbangan Saudi Airline ( SV 5414 ) bertolak dari Lapangan Terbang Madinah. Pihak Batuta Travel merakamkan ribuan terima kasih kepada jemaah kerana memilih Batuta Travel sebagai pengendali haji pilihan jemaah dan berharap agar dapat berjumpa lagi di masa akan datang. Semoga Ibadat Haji setiap jemaah diterima dan seterusnya mendapat haji yang mabrur Insyaalah.
Wassalam .
Alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Diharapkan webmaster dapat menyediakan senarai nama, alamat dan nombor telipon jemaah batuta 2010 (KT 20 & 87) agar dapat sentiasa berhubung antara satu sama lain. InsaAllah…
Diharap hubungan yang terjalin antara jemaah musim haji ini tidak akan terputus…insyaallah
Pihak pengurusan Batuta memohon maaf kerana kami tidak dapat menyediakan maklumat mengenai alamat dan nombor talifon jemaah kami kerana kami tertakluk kepada peraturan yang tidak membenarkan kami mendedahkan sebarang maklumat mengenai pelanggan kami. Wassalam.
Sukacita kiranya saya mendapat maklumat berikut:
1. Urusan penempahan pakej haji tahun 1432/2011 mula dibuka oleh Batuta Travel.
2. Sudahkah hotel penempatan jumaah haji 1432/2011 yang bakal diurus oleh Batuta Travel dikenal pasti?
Terima kasih.