Assalamualaikum saya ucapkan dari kota madinah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah seramai 217 jemaah batuta disertai 4 orang petugas selamat sampai ke Tanah Haram kota Madinah pada pukul 5.00 pagi 15/10/2010. Ketibaan jemaah batuta disambut oleh Pengarah Urusan Batuta Haji Abdul Ghani Bin. Haji Mahmood.Jemaah seterusnya menaiki 5 buah bas menuju ke penginapan rasmi syarikat di Makarim Al-Masi di Medinah.
Jemaah Batuta dapat solat waktu sebanyak 40 waktu di masjid nabawi. Selain itu, beberapa aktiviti seperti ziarah dalam kota madinah, ziarah luar kota madinah seperti masjid quba, masjid qiblatain, bukit uhhud, pasar kurma dan lain-lain. Ketika ziarah dalam, jemaah Batuta dibawa mengelilingi kawasan sekitar masjid untuk melawat tempat-tempat bersejarah disekitar masjid nabawi seperti perkuburan baqi’, masjid Ali dan lain-lain. Jemaah Batuta juga dibawa ke dalam masjid untuk menziarahi maqam junjungan besar umat Islam ,Nabi Muhammad S.A.W dan juga Khakifah Abu Bakar dan juga Khalifah Umar.
Jemaah Batuta Travel akan bertolak ke Mekah pada hari ini , 23/10/2010, pukul 3.00 ptang waktu Saudi. Semoga Allah s.w.t, menjaga perjalanan kami ini.
Di sini saya ingin memberitahu ahli keluarga di Malaysia, kebanyakkan jemaah batuta sihat walafiat. Cuma terdapat 4-5 orang jemaah yang ke klinik untuk mendapatkan rawatan sakit luar kerana demam biasa dan batuk. Tiada masalah kesihatan yang serius yang dilaporkan .
Semoga bertemu lagi di catatan akan datang. Salam dari saya di Tanah Haram, Madinah.
-Editor-
Salam… Teruskan kemaskini pergerakan jemaah Batuta utk pengetahuan rakan2 di tanah air. Salam kpd pengurusan Batuta, juga Ustaz Ghani & Ustaz Taufek. TK.
Waalaikumusalam .Insyallah , dengan izin Allah, berita terkini mengenai jemaah haji malaysia khususnya jemaah batuta akan kami maklumkan dari tanah suci .
Assalamualaikum.