TEL:09-7442652;09-7443652; 03-40421205

Taklimat Haji Perdana Bagi Musim Haji 1431/2010M

Batuta Travel & Tours Sdn.Bhd akan menganjurkan satu Taklimat Haji Perdana kepada semua bakal Jemaah Haji yang akan mengerjakan haji melalui syarikat Batuta  bagi Musim Haji 1431/2010. Tarikh dan tempat adalah sepertimana berikut :-

Tarikh                                        

Masa

Tempat

 

 02hb Oktober 2010

23 Syawal 1431H

(Hari Sabtu)

 

 Lapor Diri : 08.30 pagi

Taklimat : 09.00 pagi – 5.00 ptg

 

 Dewan Auditorium Mara

Kota Bharu

Tingkat 3, Bangunan Mara

15000 Jalan Dato’ Pati,

Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09-7482091

Penceramah :

1) Ustaz Haji Abdul Ghani Bin Haji Mahmood  ( Pengarah Urusan Batuta Travel Sdn. Bhd )

2) Tuan Haji Mohd Taufek Bin Hamat   ( Guru Agama Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd )

Di dalam Taklimat Perdana ini, Bakal Haji akan diberi penerangan dan peringatan tentang operasi haji pada musim 1431/2010. Taklimat satu hari ini juga boleh diibaratkan Kursus Intensif kepada bakal haji supaya segala apa yang dipelajari ketika kursus Haji yang dihadiri pada setiap hari khamis di dewan Ibni Batuta dapat diingati dan diperjelaskan lagi. Semoga semua bakal jemaah haji dapat menghadirkan diri . Segala dokumen berkaitan dengan surat pengesahan untuk permohonan cuti dan jadual penerbangan pergi balik boleh diambil pada hari tersebut.

Dikesempatan ini, kami di Batuta Travel ingin mengucapkan Selamat Jalan kepada semua bakal haji Batuta . Semoga persiapan yang dilakukan sebelum ini dapat membimbing jemaah untuk mandapatkan Haji yang Mabrur. Jaga kesihatan mental dan jasmani supaya setiap jemaah dapat menjalankan ibadat Haji dengan selesa dan sempurna Insyallah. Banyakkan bersabar kerana pemergian untuk menunaikan Haji ini adalah untuk menunaikan rukun islam yang ke – 5 . 

Assalamualaikum.

– Editor –

Leave a Reply


Login Admin

Alamat

Lot 903 & 904 Tingkat 1 Bangunan PKDK,
Jalan Dato' Pati 15000 Kota Bharu,
Kelantan
Tel: 09-7442652/09-7443652 (haji & umrah)
Fax: 09-7447500

Penafian

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat dalam laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa tarikh dan masa diterbitkan dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Setiap gambar merupakan hak cipta pemilik masing - masing