Skip to content
Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.( no. syarikat 159152 T) ditubuhkan pada 22 Januari 1987 oleh Pengarah Urusan Batuta iaitu Tuan Haji Ab. Ghani bin Haji Mahmood. Tujuan utama penubuhan syarikat adalah untuk mengambil bahagian secara aktif dalam industri pelancongan yang dikuasai oleh golongan bukan bumiputera pada masa itu. Nama syarikat diambil sempena dengan seorang pengembara Islam yang terkenal iaitu IBNU BATTUTA.
Berikut merupakan aktiviti utama syarikat kami :-
-
Mengelola Pakej Haji ( No lesen:PJH 05/1440H)
-
Mengelola Pakej Umrah
-
Menjual Tiket Kapal Terbang dalam dan luar negeri
Merupakan agensi Haji yang telah di luluskan lesen tahun ke-33 oleh Tabung Haji sejak 22 hb Januari 1987. Adalah menjadi keutamaan kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami selaras dengan moto syarikat kami : “Big in value – Top in service – Trusted in name “