Batuta Travel berjaya menguruskan
jemaah haji dan umrah (1987- sekarang)
Oleh Hj. Ibrahim Hj. Abdullah
(Pengarang Buletin Batuta)
NAMA “BATUTA TRAVEL” diambil sempena nama seorang pengembara Moroko yang
terkenal bernama “Ibnu Batutah” (1304-1368M). Beliau pernah melawat di nusantara
termasuk Malaysia (Malaya), Indonesia, dan lain-lain. Beliau telah menulis buku
pengembaraannya “Al-Rihlah Ibnu Batuta” dan buku ini sekarang diterjemahkan ke
bahasa Malaysia dan dijual di pasaran.
Dalam buku pengembaraannya itu, Ibnu Batutah telah melaporkan bahwa beliau telah
melawat ke negeri Kelantan dalam abad ke 14, dan didapti seorang raja perempuan yang
memerintah Kelantan bernama “Cik Siti Wan Kembang” yang taat beragama Islam. Ibnu
Batutah menyusuri Sungai Kelantan hingga sampai ke Kuala Kerai, di mana Raja
Perempuan itu bersemayam di sebuah gunung, 40 kilomet ke tenggara Kuala Kerai,
Kelantan. Menurut catatan Abdullah Muhammad (Nakula), Cik Siti Wan Kembang yang
rupawan itu berasal dari Turki.
Ibadat haji & pakej umrah
Batuta Travel adalah syarikat swasta yang pertama mendapat kelulusan Tabung Haji
untuk mengendalikan jemaah haji pada tahun 1987. Perkhidmatan dalam bidang haji dan
umrah mendapat kepercayaan penuh masyarakat Islam khususnya di Kelantan Darul Naim.
Ibadat haji
Tahun 1987 – 13 jemaah
Tahun 1988 – 85 jemaah
Tahun 1989 – 165 jemaah
Tahun 1990 – 280 jemaah
Tahun 1991 – 320 jemaah
Tahun 1992 – 450 jemaah
Tahun 1993 – 364 jemaah
Ibadat umrah & ziarah
Tahun 1987 – 60 jemaah
Tahun 1988 – 150 jemaah
Tahun 1989 – 200 jemaah
Tahun 1990 – 250 jemaah
Tahun 1991 – 300 jemaah
Tahun 1992 – 350 jemaah
Tahun 1993 – 450 jemaah
(rujuk Buletin Batuta bilangan 1/1993).
Jemaah haji/umrah meningkat
Menurut Pengarah Urusan, Tuan Hj. Ab.Ghani Bin Hj. Mahmood AMN, kini jumlah pakej
jemaah haji makin bertambah sehingga mencapai lebih 20,000 jemaah sejak ianya
ditubuhkan sampai sekarang. Sambutan sangat mengglakkan terutama jemaah dari
Kelantan di samping jemaah dari Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan,
Johor, Selangor, Perak, Kedah, Perlis, dan lain-lainnya.
Setiap tahun lebih kurang 300-350 jemaah haji telah mengikuti pakej bersama Batuta
Travel menunaikan ibadat haji ke tanah suci. Kebanyak mereka ditemui menyatakan,
perkhidmatan dan layanan pihak Batuta sangat berpuas hati dan mereka akan ikut serta
di lain kali, baik umrah atau haji jika ada peluang dan rezeki.
Ibadat umrah biasanya mendapat sambutan jemaah ialah pada musim cuti sekolah dan
bulan puasa (Ramadhan) setiap tahun. Kadang-kadang pendaftaran penuh terutama pada
bulan Ramadhan. Oleh itu dinasihatkan kepada jemaah agar lebih awal mendaftar di
pejabat Batuta Travel untuk mengelak kehabisan pakej yang harapkan itu.
Manakala kursus haji/umrah telah disediakan oleh pihak Batuta di Dewan Ibnu Batuta,
Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu, Kelantan setiap tahun pada musim haji dan umrah.
Laman web/email Batuta Travel
Kini laman web/email Batuta telah dikunjungi oleh lebih 15,000 pengunjung di serata
tempat dalam dan luar negara. Alamat email : batuta@batutatravel.com.my dan laman
web : www.batutatravel.com.my
Jika ada apa-apa masalah sila hubungi dengan email/web tersebut di atas. Atau telefon
: 09-7442652 di Kota Bharu, Kelantan, Fax : 09-7447500, manakala cawangannya di
Kuala Lumpur Tel : 03-40421205, Fax : 03-40424846.
Penerbitan Buletin Batuta
Pihak Batuta Travel juga menerbitkan “Buletin Batuta” sejak tahun 1993 sampai
sekarang. Penebitan satu tahun sekali sebagai wadah dan komunikasi dengan jemaah
haji/umrah Buletin Batuta diberikan percuma kepada jemaah. Buletin ini juga
disumbangkan percuma kepada sekolah-sekolah kerajaan dan sekolah-sekolah agama
khusunya di Kelantan, dan badan-badan kerajaan dan swasta serta indivu di Malaysia.
Buletin Batuta diterbitkan dengan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan
(ISSN), serta Perpustakaan Negara Malaysia. (hib).-