Jemaah umrah Pakej April 2011 M selamat sampai ke tanah air pada pukul 10.30 pagi 19 April 2011 di KLIA. Jemaah dari Kota Bharu kemudiannya menaiki kapal terbang ke Kota Bharu pada pukul 3.00 petang dan selamat mendarat di Kota Bharu pada pukul 4.00 petang. Pihak Batuta merakamkan jutaan terima kasih kerana memilih Batuta Travel sebagai pengendali umrah pilihan anda dan semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.
Wassalam.