i – UMRAH ialah sebuah portal yang dibangunkan khas bagi menyalurkan maklumat mengenai agensi-agensi pengelola umrah yang sah sebagai rujukan dan panduan kepada bakal-bakal jemaah umrah negara ini. Secara dasarnya, portal ini menyediakan maklumat-maklumat seperti berikut:
- Senarai agensi pengelola umrah yang sah bagi menguruskan perjalanan jemaah umrah Malaysia;
- Butiran mengenai syarikat pengelola umrah seperti nama pemilik syarikat, nombor telefon dan faks, e-mail, laman web syarikat, nama pegawai perhubungan dan pejabat-pejabat cawangan (jika ada);
- Butiran mengenai pakej-pakej umrah yang ditawarkan seperti nama dan harga pakej; dan
- Butiran mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh agensi pengelola umrah kepada jemaah umrah.
i-Umrah diharapkan dapat mencapai objektifnya untuk bertindak sebagai medium bagi menghebahkan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh masyarakat Islam di negara ini dalam memilih agensi pengelola umrah yang tepat bagi mengelolakan perjalanan umrah mereka. Peranan portal ini amat penting supaya masyarakat Islam di negara ini tidak lagi menjadi mangsa penipuan pihak-pihak tidak bertanggungjawab di samping menjadi pemangkin ke arah penyampaian perkhidmatan pengelolaan umrah yang berkualiti.
Portal ini boleh dilayari di alamat web i-Umrah.