Skim umrah cuti sekolah mei/jun 2011 melalui syarikat Batuta memulakan penerbangan pertama ke Tanah Suci pada jaml 0600 pagi (waktu Malaysia) 29/05/2011 dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MH 150). Penerbangan yang sepatutnya berlepas pada jam 1515 (waktu Malaysia ) 28/05/2011 tertunda penerbangannya hampir 15 jam kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh kapal terbang. Kesemua jemaah diberi kemudahan hotel oleh pihak Penerbangan Malaysia (MAS) sementara menunggu waktu kapal terbang berlepas. Rombongan pertama yang seramai 30 orang diketuai sendiri oleh Pengarah Urusan Batuta, Tuan Haji Ab. Ghani Bin Haji Mahmood dan akan mendarat di Jeddah sebelum bertolak ke Madinah dengan menaiki bas. Rombongan kedua seramai 150 orang akan bertolak pada jam 0130 (waktu Malaysia ) 30/05/2011terbang terus menuju ke Madinah dengan menggunakan kapal terbang sewa khas Saudia Airlines (SV 2701 ) diketuai oleh Pengurus Operasi Haji & Umrah Batuta, Tuan Haji Burhanuddin Amini Bin Haji Ab. Ghani. Rombongan seramai 150 orang ini dijangka tiba di Lapangan Terbang Madinah pada jam 0520 (waktu Saudi) 30/05/2011 . Rombongan ketiga seramai 40 orang pula akan bertolak pada hari Selasa jam 1515 (waktu Malaysia) 31/05/2011. Rombongan ini menaiki Penerbangan Saudia Airlines ( SV 831 )terbang terus ke Jeddah dan dijangka tiba di Jeddah pada jam 1830 (waktu Saudia) 31/05/2011. Rombongan ketiga ini dipimpin oleh Pegawai Unit Tiket, Muhaimin Rahimi Bin Haji Ab. Ghani. Rombongan terakhir yang seramai 30 orang pula akan terbang terus ke Lapangan Terbang Madinah dengan menggunaka Penerbangan Saudia (sewa khas ) (SV 2201) dijangka akan bertolak dari KLIA pada jam 0430 (waktu Malaysia ) 1/06/2011. Penerbangan ini dijangka akan tiba pada jam 0820 (waktu Saudia) 1/06/2011 dilapangan terbang Madinah. Kepada waris jemaah, sila rujuk kepada jadual penerbangan balik yang diedarkan kepada setiap jemaah untuk mengatahui waktu pulang setiap jemaah. Kami di Batuta akan mengemaskini maklumat mengenai para jemaah sepanjang berada di tanah suci. Sila hubungi kami jika mempunyai sebarang pertanyaan.
Pihak Batuta merakamkan ribuan terima kasih kepada para jemaah kerana memilih Batuta Travel & Tours sebagai Pengelola Jemaah Umrah Pilihan Anda . Semoga setiap jemaah dapat beribadat dengan tenang dan khusyuk dan seterusnya ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t.
Wassalam.