Penerbangan pertama umrah 1434H bersama Batuta Travel

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Penerbangan pertama jemaah umrah yang mengerjakan umrah melalui syarikat Batuta Travel telah bertolak ke KLIA pada pagi ini. Seramai 52 orang jemaah dari kota bharu bertolak ke klia dengan menaiki pesawat MAS pada pukul 0915 dan selamat tiba di KLIA pada 1015. Jemaah ini kemudiannya akan disertai oleh 38 orang jemaah dari pantai barat akan bertolak dengan menaiki pesawat SV 829 dari KLIA terus menuju ke Madinah . Rombongan ini diketuai oleh Pengarah Urusan batuta, Tuan Haji Ab Ghani b. Haji Mahmood disertai oleh isteri yang juga Pengarah batuta, Puan Hajjah Rashidah bt. Haji Mokhtar. Turut mengiringi rombongan ini ialah Pengurus Operasi Haji dan Umrah syarikat , Tuan Haji Burhanuddin Amini serta Pengurus Pentadbiran , Puan Hajjah Ainus Syamsyi bersama suami Sheikh Ali b.Sheikh Husin. Rombongan ini akan berada di tanah suci selama 14 hari dan 12 malam dijangka tiba di lapangan terbang Madinah pada pukul 2030 (waktu saudi) malam ini dan dijadualkan tiba ke tanah air pada 31/3/2013 pada pukul 1300 dengan pesawat SV 830. Seluruh warga kerja Batuta mengucapkan ribuan terima kasih keran memilih perkhidmatan kami dan berdoa agar setiap ahli rombongan diberikan kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadat di tanah suci . Semoga mendapat Umrah yang mabrur. Wassalam

2 thoughts on “Penerbangan pertama umrah 1434H bersama Batuta Travel”

  1. nk tanya pakej umrah akhir ramadan sambil berhariraya dimekah. tarikh dan harga 4 orang sebilik. jarak dri hotel ke masjidilharam

    1. Sebut harga dan butiran mengenai pakej umrah ramadhan boleh didapati di sini pakej umrah ramadhan 2013 . Jarak dari hotel ke masjidil haram lebih kurang 500 meter dari dataran masjidilharam. Terima kasih kerana menghubungi Batuta Travel.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top