Pada 16 Mac yang lepas, seramai 44 orang jemaah bertolah ke tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah melalui Batuta Travel. Jemaah ini diketuai oleh Pengurus Operasi Haji dan Umrah Tuan Haji Burhanuddin Amini. Kumpulan ini menaiki Penerbangan Saudi dan terus memasuki Makkah untuk mengerjakan ibadat Umrah. Kumpulan ini dijangka pulang pada 29 mac ini. Pihak pengurusan Batuta Travel berharap agar setiap jemaah mendapat beribadat dengan baik dan seterusnya mendapat umrah yang mabrur. Wassalam.