Pada 12 Mei yang lepas , seramai 31 jemaah bertolak ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat umrah melalui Batuta Travel. Kumpulan ini diketuai oleh Pengurus Operasi Haji dan Umrah, Haji Burhanuddin Amini Bin Haji Ab. Ghani. Kumpulan Umrah ini terus memasuki Mekah dan akan berada di Tanah Suci mekah selama 9 hari sebelum bertolak ke Kota Madinah . Pihak Pengurusan Batuta Travel mengucapkan selamat beribadat kepada semua jemaah dan semoga umrah yang mabrur. Wassalam.