Ketibaan Jemaah Kt 87 (penerbangan akhir) di Mekah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana limpah kurnianya dapat kita berjumpa lagi di catatan kali ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, jemaah Batuta (penerbangan akhir) dengan menaiki kt 87 telah selamat sampai di bumi Arab Saudi pada pukul 9.30 pagi (waktu saudi ) 4/11/2010. Seramai 106 orang jemaah diketuai oleh Pengurus bahagian tiket batuta, Haji Md. Deris bin Haji Mahmood dan sertai oleh seorang petugas Haji Abu Bakar bin Capah.

Dengan jumlah jemaah yang semakin ramai berkunjung ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadat haji,proses pemeiksaan pasport mengambil masa yang agak lama untuk selesai. Jemaah batuta selesai untuk urusan pemeriksaan passport dan barang pada pukul 1.00 tengah hari. Jemaah batuta kemudian dibahagi kepada 3 bas dan dibawa menuju ke Mekah . Tepat jam 6.00 petang, jemaah selamat sampai ke tempat penginapan rasmi Batuta iaitu Hamzah Royal, Dar Amirah dan Al Musafir.

Jemaah kt 87 yang baru sampai kemudiannya dialu-alukan oleh Pengarah Urusan Batuta , Haji Ab. Ghani bin Haji Mahmood. Jemaah ini kemudiannya dijemput untuk makan terlebih dahulu sebelum diberi taklimat ringkas mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh jemaah sepanjang berada di Kota Mekah. Jemaah yang mengerjakan haji tamatuk akan dibawa untuk menyelesaikan ibadat umrah pada jam 1.00 pagi manakala jemaah yang mengerjakan haji ifrad, dibawa mengerjakan tawaf qudum (selamat datang ) pada pukul 7.00 pagi . Sementara menunggu untuk tawaf, jemaah masuk ke bilik masing-masing untuk berehat.

Sama -sama kita berdoa agar semua jemaah dipermudahkan untuk mengerjakan ibadat sepanjang berada di Tanah Haram ini.Semoga bertemu di catatan yang akan datang. Salam dari seluruh warga kerja Batuta dan semua jemaah Batuta di tanah suci Mekah.

Wassalam

– Editor –   

1 thought on “Ketibaan Jemaah Kt 87 (penerbangan akhir) di Mekah”

  1. A’kum…. Selamat beribadat kpd semua jemaah . Teruskan kemaskini dan kalau dapat, sertakan sedikit gambar2 jemaah di sekitar penginapan. Masih teruja, musim haji 1430 h, saya dan isteri turut menunaikan haji dengan Batuta. Wassalam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top