Bertolak ke Arafah

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Jemaah Batuta akan bertolak ke Arafah pada hari ini untuk wukuf di Arafah. Setelah bersedia dari segi mental dan fizikal, alhamdulillah, setakat catatan ini ditulis, kesemua jemaah Batuta dapat pergi ke Arafah dengan menaiki bas. Tiada jemaah Batuta yang akan pergi ke Arafah dengan menggunakan ambulan.

Esok 9 zulhijjah merupakan Hari  wukuf bagi semua umat islam yang mengerjakan fardu haji pada tahun ini. Wukuf di Arafah merupakan rukun haji dan dan sesiapa yang tidak dapat wukuf di arafah, maka tidak sah hajinya. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan perjalanan seluruh umat Islam yang mengerjakan haji pada tahun ini.

Semoga kita bertemu lagi, salam dari kami di Kota Mekah.

Wassalam

editor- 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top