Kursus Ibadat Haji Bersiri Haji ke-8 telah di adakan pada minggu ini 9 March 2019. Kursus pada minggu ini telah di kendalikan oleh Guru Agama Bertauliah Ustazah Hjh Rusmaizan Bt Muda.
Topik minggu ini istimewa kerana fokus kepada permasalahan Jemaah wanita sepanjang ibadah Haji. Berbagai contoh contoh yang relevan untuk Jemaah wanita pelajari sebagai rujukan. Seramai 136 bakal jemaah Haji menghadiri kursus untuk pada minggu ini.
Seperti biasa kursus ini berakhir dengan hidangan minum petang untuk para hadirin. Kursus bersiri akan di sambung seperti biasa pada minggu hadapan.


