Kursus Ibadat Haji Bersiri Haji ke-7 anjuran Batuta Travel & Tours Sdn Bhd telah di adakan pada 2hb March 2019, berlangsung selama 2 jam bertempat di Ibu Pejabat Bangunan PKDK Kota Bharu, Kelantan. Kursus ini telah bermula dari 19 Januari 2019 sehingga 20 April 2019. Kursus Bersiri Haji ini terbuka kepada semua bakal Jemaah Haji.
Kursus ini adalah inisiatif syarikat Batuta untuk memberi peluang bakal jemaah Haji untuk mendapatkan bimbangan dan panduan ke arah kesempurnanan ibadah haji yang mabrur.Kursus telah di kendalikan oleh Guru Agama Bertauliah Ustaz Haji Mohd Sukhri disamping slot khas bersama Pengarah Urusan Batuta Travel. Seramai 100 bakal jemaah Haji menghadiri kursus untuk pada minggu tersebut. Kursus ini berakhir dengan hidangan minum petang untuk para hadirin. Kursus bersiri akan di sambung seperti biasa.